LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....

Join the forum, it's quick and easy

LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....
LuahanHati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

STRATEGI MEMBENDUNG PERILAKU REMAJA MELAYU

Go down

STRATEGI MEMBENDUNG PERILAKU REMAJA MELAYU Empty STRATEGI MEMBENDUNG PERILAKU REMAJA MELAYU

Post  Dj Ibumisali Fri 16 Oct 2009, 2:24 pm

Komentar : 12 Julai 2007
Info dari Cyberita Online

LAPORAN terbaru Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2006 yang dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memang memprihatinkan. Selain daripada memberi gambaran keseluruhan tentang pola penduduk, kelahiran dan kematian serta perangkaan lain setiap tahun, ia mendedahkan perilaku aktif seks remaja Singapura.

Seramai 838 remaja Singapura berusia bawah 19 tahun melahirkan anak tahun lalu, berbanding 853 kelahiran pada 2005. Yang sudah dijangka tentu lebih separuh daripada kelahiran itu melibatkan remaja perempuan Melayu. Sebaliknya remaja daripada kaum lain mencatatkan penurunan. Dari segi anak luar nikah, ia melaporkan 495 kelahiran dengan 35.8 peratus melibatkan remaja. Sekali lagi wanita Melayu juga membentuk peratusan terbesar dalam kategori ini.

Sebenarnya kes remaja Melayu kian aktif seks telah lama didedahkan. Namun hanya lima tahun terakhir ini baru diadakan kempen seperti 'Katakan Tidak Pada Seks' dan seumpamanya. Ertinya sebagai masyarakat, orang Melayu lambat menguruskan masalah sosio-ekonominya. Sering masalah ini berselirat kaitannya dengan kemantapan keluarga Melayu yang kerap diancam perceraian, kegagalan bapa menyara keluarga dan kurang didikan moral atau agama.

Oleh itu, kempen dan apa jua usaha badan-badan Islam untuk membendung pe rilaku belia kita perlu diperhebat. Mentelah belia kita membentuk peratusan paling tinggi berbanding belia dalam masyarakat lain. Memang dari segi luaran, terpapar 'kesulitan' yang ditimbulkan oleh golongan belia kita. Padahal, yang sebenarnya tersaji potensi jika azam, intelek dan usaha mereka dapat dipupuk dan disalurkan dengan betul lagi terarah. Ini menuntut strategi jangka panjang dengan pelibatan aktif ibu bapa.

Di sebalik kemajuan kita membina masjid moden yang serba lengkap, kita perlu terus memastikan golongan belia akan terserap. Citra 'malu' pada perilaku perlu ditancapkan dalam jiwa mereka demi memelihara maruah diri, keluarga dan masyarakat. Perlu dipupuk lebih ramai belia yang boleh menjadi rakan pembim bing. Golongan dewasa atau ibu bapa perlu sama-sama meluangkan masa untuk mendampingi anak muda. Dengan memaparkan rasa kepedulian dan mengatur program yang bermakna, potensi belia kita akan dapat dijana. Bagi yang sudah terlanjur, usahakan jalan kembali untuk mereka dan bagaimana bayi mereka dapat meraih keihsanan.

Masalah remaja masa kini bukan saja memeningkan kepala ibu bapa malah negara juga turus merasakan permasalahan remaja ni harus di tangani dengan lebih baik lagi
Dj Ibumisali
Dj Ibumisali
Webmaster
Webmaster

Posts : 5
Reputation : 0
Join date : 26/07/2009
Age : 59

https://luahanhati.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum